Pemilihan kaunter secara teknikal untuk Traders baru
Ramai trader baru yang masuk dalam market boleh cuba guna Strategi pemilihan yang yang mudah. Korang boleh try guna menggunakan MA50
Trader baru akan membuat sekurang-kurangnya dua kesilapan yang berikut:
- Tidak Cutloss – sebab percaya harga mungkin akan naik semula
- Memilih kaunter dari list top gainers atau most active – kaunter dari list ni hanya lah untuk traders yang dah Pro. Masa kaunter dah masuk list Most Active, biasanya dah terlambat untuk trade dengan selamat
Untuk elakkan anda mengambil trade yang berisiko tinggi, anda boleh gunakan “Screener” di TradingView, dengan menggunakan MA50 sebagai filter.
Kenapa Moving Average 50? MA50 sangat dikenali sebagai medium term trend indicator. Jika sesuatu syarikat bagus untuk medium term, biasanya keadaan Fundamental syarikat adalah stabil (tapi tidak semestinya, Analisa Teknikal tidak sepatutnya mengambil alih fungsi Analisa Fundamental).
Cuba study chart dibawah, beza antara kaunter harge bergerak dibawah MA50 dan diatas MA50.
Pergerakan harga saham yang diatas MA50 lebih “forgiving” kalau kita buat silap. Peram lama sikit, harga naik balik. tapi sampai satu tahap, bila price melintas bawah MA50, situasi mungkin akan bertukar menjadi turun pulak.. mungkin akan berlaku correction / retracement yang besar. Kena jaga-jaga yang tu aje.
Lagi satu tips, jangan beli saham dibawah harga 30sen, kerana syarikat tersebut dah tentu ada masalah kewangan, walaupun, harganya di atas MA50.
Semoga bermanfaat