Indeks KLCI dan kenapa ia kurang penting untuk Traders

Indeks KLCI ialah gabungan antara 30 syarikat dengan “market capitalization” terbesar dalam Malaysia. Selamat untuk kita katakan ia merupakan penanda atas performance syarikat gergasi Malaysia.

Kebanyakan trader mengaitkan pergerakan KLCI kepada sentimen pasaran semasa. Pada saya, perkaitan begitu kurang tepat. Bila kita kaji, masa indeks jatuh, bukan semua kaunter jatuh bersama indeks. Ada juga kaunter yang naik, dan terlihat tidak berkaitan pun dengan kejatuhan indeks? macam mana ni?

Untuk jawab soalan ni, kita kena kaji dengan lebih terperinci berkenaan dengan indeks KLCI itu sendiri..

Jika kita pecahkan 30 syarikat dalam indeks mengikut sektor masing-masing, dengan sejumlah 9 sektor bersama dengan Market Capitalization masing-masing dalam gambar dibawah..

klik gambar untuk akses spreadsheet diatas

Dalam pasaran Bursa Malaysia, ada sejumlah 13 sektor secara keseluruhan, tapi yang tersenarai dalam KLCI hanya 9 sahaja! Tuuu diaa! Jom kita tengok sektor mana yang tidak tersenarai..

Sektor yang tak tersenarai:

  1. REITS
  2. Property
  3. Technology
  4. Construction

Bila kita kaji indeks KLCI sahaja, kita akan missed out sektor lain, yang mungkin tengah bullish! baru-baru in, dalam KLCI tengah mendung, syarikat dalam sektor teknologi meletup letup! ni la peluang traders! Geng-geng traders hero dan otai kata, masa market merah pun boleh buat duit!

Pelabur institusi dan pelabur besar, kebanyakan dari mereka adalah long term players, dan mereka akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa negara (KLCI sebagai penunjuk kasar), termasuk faktor-faktor lain seperti kestabilan politik dan polisi ekonomi negara.

Jadi, KLCI tak penting la ye? Tak.. bukan begitu. Kalau KLCI asyik jatuh, lambat laun kita sendiri akan terasa impaknya. Performance syarikat gergasi Malaysia bisnes dah kurang untung, sebab orang kurang membeli (sebab tak ada duit)… Kemungkinan kita akan terasa dengan kekurangan kuasa membeli. harga barang mungkin akan naik, dan macam-macam hal lain boleh berlaku. Kadar inflasi naik, ringgit jatuh nilai dan lain-lain. Yang ni boleh buka topik baru untuk perbincangan lain kali – bahagian ekonomi pulak..

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Indeks KLCI dan kenapa ia kurang penting untuk Traders

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *