Penjelasan tentang Dow Theory - Teropong Bursa Trading Academy

Penjelasan tentang Dow Theory

Dow Theory adalah kaedah trading yang digunakan oleh Charles Dow, seorang wartawan bisnes, pengasas “The Wall Street Journal” dan pengasas syarikat Dow Jones & Co. Beliau dikenali sebagai Father of Technical Analysis.

Ada 6 prinsip dalam Dow Theory. Saya terangkan disini:
1. Market discounts everything
Kat sini dia nak terangkan, bahawasanya market dah “tau” segala maklumat yang ada dalam pasaran, sama ada yang rasmi, atau tak (khabar angin). Kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa satu saham tu harga nya tiba-tiba naik (atau turun) – biasa kita tanyakan “ADA NEWS KE?”

2. There are three primary kinds of market trends
Maksudnya, dia bagitau ada 3 bentuk utama trend dalam market. 3 bentuk utama tu ialah
👨🏼‍🦳Primary trends – Long term trend, yang bertahan satu tahun atau lebih. Contoh bull atau bearish market.
👨Secondary trends – Dalam Primary trend, ada Secondary trend, yang biasanya akan melawan arus, dalam jangka masa yang lebih singkat, contohnya pullback dalam fasa market bullish, atau short term rally dalam market bearish. Anggaran jangkamasa lebih kurang 1 bulan hingga 3 bulan.
👶Minor trends – contoh paling mudah, ialah pergerakan harga harian (tanpa catalyst)

3. Primary trend has 3 phases
Primary trend akan lalui 3 fasa. Dalam bull market, 3 fasa ini adalah Accumulation, Public Participation dan fasa Distribution. Fasa 1 ialah Accumulation, dimana investors yang bijak pandai menilai syarikat yang berpotensi. Jika harga sebelum ini telah turun dengan banyak, dan semua “berita buruk” telah di serap oleh pasaran, mereka akan mulakan proses pengumpulan saham syarikat tersebut secara perlahan-lahan. Fasa 2 pula ialah fasa retailers/traders masuk, ketika pergerakan harga mulai menjangkau julat yang besar, dan berita- berita baik mula terbit berkenaan dengan syarikat tersebut. Fasa terakhir ialah fasa Distribution, dimana para investors yang telah mengumpual saham-saham syarikat dalam fasa Accumulation, mula menjual pegangan saham mereka ketika harga tinggi (atau mencapai harga sasaran mereka).

4. Indices must confirm each other
Ini merupakan “Fundamental Analysis” yang sangat penting jika anda nak buat “real trading”. Faktor ini akan menentukan pemilihan saham yang anda buat – merupakan saham yang baik, dan releven dengan keadaan semasa / sentimen. Charles Dow merujuk kepada dua indeks yang beliau gunakan ketika itu, Transportation Averages dan Industrial Averages. Ini merupakan “index” atau benchmark yang digunakan. Kaitan antara dua indeks ini sangat jelas. Jika Industrial Averages naik, dan Transportation Average naik bersama. ini bermakna bisnes sesebuah syarikat / keadaan ekonomi adalah dalam keadaan baik dan seiring. Logiknya macam ni:
🌞Bisnes bagus bila dapat jual barang banyak ➡️Industial Average naik ➡️ Barang banyak dihantar melalui pengangkutan ➡️ Syarikat pengangkutan pun bisnes bagus ➡️ Transportation Average pun naik.

Namun dalam alaf baru, saya melihat Average yang kini penting, ialah, Technology Averages, lebih releven dengan keadaan semasa.

5. Volume must confirm the trend
Kenaikan harga yang baik mestikan disertakan bersama dengan volume yang tinggi untuk mengukuhkan trend. Jika volume rendah, kemungkinan trend tidak mampu bertahan lama. volume sepatutnya menigkat dengan kenaikan harga, mengukuhkan trend tersebut.

6. Trend persist until a clear reversal occurs
Charles Dow n ak terangkan, selagi pergerakan harga tu naik, sepatutnya ia akan meneruskan kenaikan, sampai la keluar signal Reversal. Kebanyakan sell / reversal signal pengguna Dow Theory lebih menumpukan kepada paras Support (previous low) – apa bila ditembusi, akan dikira sebagai reversal signal.

Tu dia! Dah selesai 6 prinsip Dow Theory. Kalau kita sendiri tak kenal Father of Technical Analysis ni… patut ke kita boleh jadi terer dengan Technical Analysis?

Secara peribadi, saya rasa Dow Theory ialah asas yang sangat penting bagi trader, terutama trader saham yang nak belajar Technical Analysis. Dow Theory ini yang membuatkan saya dapat memahami analisa teknikal SECARA PRAKTIKAL.

Falsafah – adalah peringkat ilmu dunia paling tinggi.. sebab tu pakar dan ilmuan hebat dapat pangkat PhD ~ Doctor of Philosophy, kan?

Semoga posting ni dapat memberikan manfaat buat anda. Share dengan kawan-kawan anda supaya mereka pun dapat manfaat yang sama. Jangan lupa jom join private group Teropong Bursa Turbo kat sini fb.com/groups/teropongbursaturbo Jom sambung sembang kat sana!

Nak buka akaun CDS dengan saya? Klik link: https://bit.ly/3n7livf.

Kamarul Nizam

Leave a Reply

Your email address will not be published.