Merancang trade MPlus Global? Baca ni dulu.
Sebelum trade, kena faham pasal brokerage fee, terutama pengiraan dia. untuk MPlus (M+ Online) meraka cas 0.1% dengan minima fee 3 dolar beli, dan 3 dolar untuk jual
Contoh:
Harga saham 5 dolar, beli 10 unit = 50dolar. Kos beli 3 dolar dan 3 dolar jual. Total kos 56dolar.
Average price 56 dolar/10unit = 5.6 dolar. harga saham kena naik ke 5.60 hanya untuk break even, bersamaan dengan 60sen (12%). untuk trading, kos nya sangat tinggi.
Contoh harga saham, kos, harga break even dan berapa % kenaikan untuk break even.
Harga | Kuantiti | Yuran (jual dan beli) | Kos | Harga purata | % gain untuk break even |
5 | 10 | 6 | 56 | 5.6 | 12% |
5 | 100 | 6 | 506 | 5.06 | 1.2% |
20 | 10 | 6 | 206 | 20.60 | 3% |
20 | 100 | 6 | 2006 | 20.06 | 0.3% |
3 | 100 | 6 | 306 | 30..6 | 2% |
3 | 200 | 6 | 606 | 3.03 | 1% |
Cadangan target untuk break even dengan maksima 3% kenaikan agar cepat position anda untung. Maknanya lepas price naik 3%, anda akan mula net profit.
Harga normal bergerak 2-5% sehari. Untuk pantas break even, anggaran modal 500 dolar untuk setiap trade untuk break even dalam masa 1 hari dengan 1% kenaikan.
500 dolar + 1% kenaikan = 505 dolar. Sama ada membeli saham berharga 5 dolar 100 unit, atau 50 dolar 20 unit, atau 500 dolar 1 unit.
dah boleh cover sekurang-kurangnya 80% kos (5 dolar dari total 6 dolar kos)
Jika 500 dolar + 3% = 515 dolar. Trade anda akan untung selepas nilai pelaburan anda naik diatas 515 dolar
Guna jadual kat bawah ni untuk rujuk berapa % kenaikan untuk break even dengan kuantiti saham dan harga yang korang plan nak beli.
Kalau harga saham 7 dolar10 unit, harga saham kena naik antara 9% baru break even. Kalau harga naik 10%, korang akan mula profit. Kalau beli 100 unit, korang akan profit hanya lepas harga naik 1% sahaja.
Semoga bermanfaat