Lepas isu bonus harga jatuh? Penjelasan berkenaan price adjustment dan corporate exercise
Pergerakan harga sebab corporate exercise dipanggil adjustment. Adjustment boleh jadi harga lebih tinggi, atau lebih rendah dari harga sebelum exercise. Contoh exercise yang ada price adjustment ialah dividen, bonus issue share split dan consolidation.
Harga tak jatuh atau naik sebab corporate excercise. Sebaliknya, demand & supply SELEPAS corporate exercise yg jadikan price naik atau turun.
Contoh: Syarikat X buat share consolidation 50 unit jadi 1 unit. Harga sebelum ialah 1 sen.
Sapa ada 500,000 unit share, pada harga 1 sen (nilai RM5,000) sebelum exercise, lepas exercise, kuantiti baru yang portfolio 10,000 unit share dengan harga 50sen (nilai RM5,000). Adjustment tak efek nilai saham anda.
Cuma kadang-kadang, kuantiti kita ada dalam CDS lambat update. Kena check dgn broker korang. Kalau tak ejas lagi, mmg portfolio korang akan tunjuk profit gila-gila punya.. Sebab kuantiti dlm CDS korang belum ejas (jadi sikit).
Sekarang, lepas adjustment dah setel, mcm contoh consolidation berlaku, kat chart, orang nmpk price gap up. Bila nmpk gitu, orang akan mula sibuk kejar harga. Ha! masa ni la harga akan naik (kalau org beli) atau turun (kalau orang start dump). Supply and demand.
Sama jugak bila anda dapat bonus atau dividen. Harga saham akan adjusted (turun) ikut Ratio dividen atau bonus anda. Lepas ambil kira pendapatan anda dengan bonus issue atau dividen tu, anda break even (walau harga “jatuh” selepas adjustment). Anda tak rugi. Anda hanya rugi bila harga turun selepas corporate exercise tersebut (untung jika harga naik).
Tu la beza dan kaitan spekulatif antara adjustment dan pergerakan harga. Ada soalan? Koman kat bawah.
#teropongbursa #bursamalaysia #supertrader #TungguApaLagi #10percentProfit