Fasa pembelajaran saya sebagai trader saham - Teropong Bursa Trading Academy

Fasa pembelajaran saya sebagai trader saham

Fasa 1
Trade tanpa ilmu. Tengok kaunter aktif, balun! Dia tengah naik kan. Ada untung, ada jugak rugi. Yang rugi tu, asalnya untung jugak, tapi tak reti nak set tang mana nak exit. Nak jimat duit dari bayar brokerage tinggi, saya tak buat trade in out. (later saya baru tau M+ cas sekali beli dan sekali jual aje untuk multiple transactions macam ni).

Fasa 2
Saya realize saya tak cukup ilmu nak trade saham. Mula belajar kat Youtube, buat kawan baru, terutama kawan dalam support group remisier. buka akaun CDS dengan remisier lain jugak, berkenalan dan bersahabat, nak kutip ilmu.

Fasa 3
Mula misi mencari indicator yang terbaik untuk trade untung gila-gila. Bila backtest, tengok macam-macam indicator, semua boleh buat profit puluh % dan ratus %. Start dengan RSI. Pastu Stochastic, pastu tengok lagi MACD, Bollinger band try macam-macam. Bila backtest, OKEY. Tapi bila guna bebetul, tak jadi. Pening kepala. Loss makin banyak. Untung masih tak seberapa. Masa ni saya mula guna TradingView secara serius, ada banyak indicator, custom scripts dan sebagainya!

Fasa 4
Mula gali lebih mendalam pasal Technical Analysis. Belajar sendiri market structure, Support and Resistance. Masa ni jugak mula belajar pasal candlestick patterns dan chart pattern. Bila backtest dan kaji, perghh menjadi! Mula la cari semua candlestick dan chart pattern dari single candle sampai blending candlesticks. Saya konfiden ni la dia rahsia sebenar kalau nak trade sukses. Dah jumpa!

Fasa 5
Err Fasa 4 bagus dah trading. Tapi masih tak net profit. Aiseymen. test aritu, dah okey. Rugi masih banyak. saya teruskan mencari, mula exposed pulak dengan forecasting tools macam Elliott Wave dan penggunaan Fibonacci. OKEHHH! sangat kagum dengan ketepatan Elliott wave bila backtest. Confirm jadi! Excited giler weii!

Fasa 6
Mula apply knowledge Fasa 5. Trade lebih konsisten, loss makin berkurang tapi masih belum konsisten net profit. Saya perasan trend following strategi lebih mudah nak apply. Elliott Wave impulse wave boleh buat duit senang. Masih ada masalah nak faham bab correction. Agak complicated. Saya tak puas hati selagi tak tau semua pasal satu benda tu.

Fasa 7
Terjumpa pulak pasal Price Volume Action – menilai pergerakan harga guna Price (candlesticks) DAN Volume. ohhh mmg logik cara ni. Mula sedar supply and demand sebenarnya yang menggerakkan harga. Bukan indicators! Trade losses makin berkurang, dan mula dapat buat trade yang untung dengan lebih cepat sebab mula fokus kepada momentum trading. Tambahan ilmu yang sangat berguna. Sebelum ni, trade jadi, tapi kadang2 kena tunggu LAMAAAAAA…

Fasa 8
Trade overall makin improve, tapi tak puas hati lagi, sebab win loss ratio masih tak favorable. byk trade yang loss jugak dan banyak jugak yang untung. Macam 50-50. End up kadang2 yang untung, kena amik balik untuk cover loss trades. Bila troubleshoot apa yang silap. Rupanya pemilihan kaunter pulak yang tak betul! Patut la trade apa pun tak berapa nak jadi. Masa ni baru sedar. Kalau syarikat yang bagus, bila guna Technical Analsysis, price dah diambil kira, pakai teknik apa pun, bila price start gerak, teknik biasa-biasa pun jadi luar biasa! Baru sedar, less is more (pakai Moving Average je). Baru sedar jugak, kalau TA bagus tak semestinya syarikat tu bagus. Nak taknak, kena tengok jugak maklumat lain selain teknikal.

Fasa 9
Mula mendalami pasal FA, Sentimen, ekonomi, berita2 bisnes terkini, management/directors syarikat dan lain. Saya perasan, dengan pilih kaunter yang betul, dapat kurangkan risiko trade kita gagal. Trade mula lebih “perlahan” tapi lebih stabil. mula dah untung lebih sket, rugi makin kurang.

Fasa 10
Tambah kajian lebih detail pasal fundamental syarikat. transaksi oleh insiders dan lain. trading strategi dah ada banyak lapis dan pelbagai untuk diguna dengan senario spesifik. Syukur trade mula stabil dan losses boleh maintain sedikit.

Lepas dah lalui fasa-fasa kat atas, sekarang ni, saya selesa pakai trend following trading strategi (moving average) + momentum + FA syarikat (guna CANSLIM pun bagus). Exit masih guna single candlestick atau candlesticks pattern. Kadang2 kalau swing lama sket. Guna MA5 atau 10 as support.

Simple la sekarang ni. Tapi nak dapat ia tu.. ermm.. kena lalu la liku-liku dia. Kena daki, baru boleh sampai puncak. Perjalanan dia tak lurus. Bengkang bengkok, turun dan naik.

Rasa nak terus lompat ke puncak ke? Boleh la cuba, tapi takut senang goyang je, sebab takde ada pengalaman jatuh lagi tu.. hati-hati la ye.
Kalau korang trade, terus untung tu, memang bagus lah. Tapi kena hati-hati ye. Kita kena ingat, tak ada pengalaman masa market bearish, market ada cycle dia, cycle besar dan cycle kecik. Kena amik pengalaman semua, baru kita “stabil”.

Sekarang, pada pendapat saya, market kita medium term bullish. Macam saya share, bila price start bullish, pakai teknik apa pun jadi! Takde masalah nak belajar, dan mencari teknik terhebat. korang memang patut mencari dan upgrade ilmu. Tapi, kalau cari teknik paling hebat, takut korang akan senang tertipu. Belajar lah demi ilmu itu sendiri. Look at bigger picture. Apa yang masuk akal, apa yang tak.

Tak salah kalau kita sedikit skeptikal, demi buat keputusan yang lebih baik dan selamat. Lagi satu korang kena ingat – “What you seek, is seeking you”. Apa yang korang mencari tu, sebenarnya juga tengah mencari korang. Semoga bertemu! Jangan putus asa.

KLCI buat apa arini?

Semoga bermanfaat.
Kamarul Nizam,
Teropong Bursa

Leave a Reply

Your email address will not be published.