Elliott Wave - Trend forecasting tool & Crude Oil Futures - Teropong Bursa Trading Academy

Elliott Wave – Trend forecasting tool & Crude Oil Futures

Elliott wave ni, cara penggunaan secara detail agak complicated, dan sangat subjektif. Pengiraan wave dia kena buat recount balik sampai kita dapat count yang sesuai.

Elliott wave dia gunakan “fractals”, kena mula dari belakang, time frame besar untuk dapatkan major cycle dia. Lepas tu baru masuk time frame kecik untuk verify wave setiap wave count yang besar tu ikut guideline yang dah ditentukan.

Bila dah dapat wave mana yang “sedang berlaku” baru boleh buat forecasting ikut latest count yang releven. Smaller wave count kadang-kadang kena recount banyak kali sebab count yang sebelumnya tak tepat dengan price action terkini.

Forecast saya yang latest, untuk crude oil ni, kat daily chart MUNGKIN dah cecah wave 5 (buat masa ni) dan sekarang tengah correction ABC. Correction ABC sekarang, MUNGKIN wave A dan B dan selesai, MUNGKIN membentuk Regular Flat sebab wave B dah hampir cecah permulaan Wave A. Sekarang MUNGKIN akan mulakan Wave C ke akhir wave A, seperti kebiasaan untuk Regular Flat.

Alhamdulillah, projected direction short term dah selesai lebih $2 (200 point). Sekarang, untuk daily chart masih bearish (Wave C), kecuali ada perubahan baru, maybe kena recount semula. Buat masa sekarang ni, Wave 1 of Wave C possibly dah complete, next tunggu correction Wave 2 of Wave C (Regular Flat), lepas tu baru boleh sambung ke Wave 3 of Wave C. Insya Allah.

Bearish view masih “prevail” as per Elliot Wave count, walaupun semalam US crude oil inventory berkurang agak banyak dari estimated. Puas hati tengok analysis ni jadi depan mata. Berbaloi study dan kira wave lebih 10jam, dari petang semalam… Selalu scalping 10-20 point aje. Hehehe.

Walaupun Elliott Wave ni dah cover dalam silibus MSTA sebelum ni, saya jarang guna sebab trade commodities ni sekali sekala aje, bukan selalu.. Saya masih baru gunakan Elliot Wave ni, jika ada kesilapan atau pertanyaan, sila komen untuk betulkan… Ingat, we can always be wrong, so be prepared to lose.

nak tengok chart latest crude oil, tekan kat sini.

Kamarul Nizam 11/11/21 3pm
original link

#teropongbursa

Leave a Reply

Your email address will not be published.