Cara nak convert Warrant (Saham Bursa Malaysia) - Teropong Bursa Trading Academy

Cara nak convert Warrant (Saham Bursa Malaysia)

Company issued Warrant ialah instrumen yang dikeluarkan oleh syarikat tersenarai kepada pelabur, sebuah hak untuk membeli saham syarikat pada mengikut kadar dan harga yagn telah ditetapkan pada masa hadapan (expiry date).

Secara kasar proses untuk convert warrant, anda kena follow step kat bawah ni

  1. Dapatkan maklumat berkenaan warrant – exercise price
  2. Dapatkan tarikh-tarikh penting
  3. Isi borang conversion, siapkan bayaran, submit borang

Mula-mula sekali, anda kena lawati website Bursa Malaysia, taipkan nama syarikat yang anda nak buat warrant conversion diruang “Company”.

Kita ambil contoh warrant AJIYA. Klik AJIYA BERHAD kat results.

MAKLUMAT PENTING (highlight biru)

Fokus dua maklumat idbawah ni:

PerkaraPenjelasan
Exercise / strike/conversion priceHarga yang perlu dibayar untuk membeli saham induk
Exercise / conversion ratioKadar conversion berapa kuantiti warrant untuk berapa kuatiti saham induk (ordinary shares)

TARIKH PENTING (highlight kuning)

PerkaraPenjelasan
Last Date & Time of TradingTarikh dan masa Warrant akan tamat diniagakan. Selepas tempoh ini, warrant tidak boleh dijual beli lagi
Date & Time of SuspensionTarikh dan masa Warrant akan dihenti-niagakan / digantung
Last Date & Time for Transfer into Depositors; CDS a/cTarikh & masa Ordinary share akan masuk ke dalam akaun CDS anda
Date & Time of ExpiryTarik dan masa warrant akan tamat tempoh
Date & time for DelistingTarikh dan masa warrant akan dikeluarkan dari Bursa Malaysia

ISI BORANG UNTUK BUAT CONVERSION
Download announcement dari website, diruang dibawah maklumat tarikh

Dalam borang, anda perlu pastikan maklumat dan tarikh berkenaan sama seperti diatas, dan anda dah maklum. Borang permohonan mesti di terima oleh Share Registrar sebelum tarikh tutup. dapatkan maklumat ni dari borang

PerkaraPenjelasan
Share RegistarPengurus hal ehwal saham syarikat. Biasanya dalam “definition”
akan dimasukkan nama Syarikat pengurusan tersebut
Mode of paymentCara pembayaran untuk menebus saham induk (Ordinary shares) anda. biasnaya secara Bankers cheque, wang pos atau electronic funds transfer. Kaedah pembayaran akan ditentukan dalam borang tersebut.

Untuk Warrrant AJIYA. Share registar ialah (muka surat iii)

Cara bayaran (Bankers cheque atau Wang pos sahaja, muka surat 2, item 3)

Bayaran tambahan perlu dibuat untuk belanja pengurusan sebanyak RM21.20 (muka surat 2, item 4.ii.(c)

Contoh Borang mohon untuk buat conversion warrant ke saham induk (ordinary share/mother share)

Kemudian, anda dah boleh pos borang yang telah lengkap di isi dengan bayaran yang berkenaan, ke alamat Share Registrar syarikat. pastikan mereka boleh terima borang anda sebelum tarikh tutup ye!

Semoga bermanfaat.

#TeropongBursa

Leave a Reply

Your email address will not be published.