Cara guna Gann Square of 9 untuk Trading
Gann Square of 9 ni memang ramai dah trader guna. Saya pun guna untuk trade secara konsisten. memang jadi rujukan utama untuk buat keputusan pantas.
Jadi, apa benda Gann Square of 9 ni?
Saya tak nak masuk cerita pasal WD Gann, The Speculator. Dia yang mempopularkan cara penggunaan Square ni, yang asalkan merupakan “recreational math”, satu cabang matematik santai.
Square ni bermula dari tengah, dan bergerak secara spiral ikut arah jam. dari nombor 1, dan kemudian bergerak ke kiri, nombor 2, ke atas, nombor 3, dan seterusnya mengikut arah jam.
Square of 9 ni, kotak level 1 “habis” kat nombor 9. Sudut nombor 1 / 9 ni kita panggil First Angle. kat sini nombor seterusnya akan masuk kotak yang lebih “besar”, dari 9 ke 10.
Bila tengok Square ni, kita nampak nombor-nombor dalam garisan biru dan merah kan? Garisan ni kita panggil ia Cardinal Cross (Merah) dan Ordinal cross. (Biru)
Nombor-nombor dalam garisan merah boleh digunakan sebagai rujukan paras penting dalam pergerakan harga.
Contoh penggunaan Gann Square of 9 dalam trading.
Contoh, Cypark dibuka pada harga 28sen (C / Current price). Jika dirujuk pada Gann S9 ni, 28sen terletak pada Cardinal Cross, satu paras Support atau Resistance. Jika harga berjaya naik, sasaran seterusnya R1 ialah pada 31sen, dan jika berjaya tembus 31, seterusnya R2 pada 34 sen dan R3 pada 37sen.
Jika harga bergerak keatas 28sen pada permulaan, paras 28 sen boleh digunakan sebagai Support, untuk kita cutloss jika harga gagal naik. Bagi saya, jika harga turun ke 27sen baru saya cutloss. Pada 27.5 sen masih saya anggap tak tembus ke bawah 28sen lagi.
Contohnya, jika harga berjaya bergerak ke atas 31 (dah capai R1), harga semasa 32sen (C), paras Support yang baru ialah pada 31sen, untuk protect profits kita yang dah ada sebanyak 3sen. Target seterusnya ialah pada R2, 34sen. Sama ada harga boleh capai 34sen atau tak, kita kena monitor. bagi saya, untuk buat intraday trade, kalau harga mengundur lebih 3 bid, saya akan angkat kaki dan exit terus.
Gann square of 9 ni kena gunakan bersama dengan arah kenaikan, macam injap satu hala, one way valve. Kalau harga dalam aliran menaik, satu demi satu harga lebih tinggi ditembusi, kita boleh hold. kalau harga dah mula mengundur, dan tembus paras sokongan dibawah, aliran harga dah berubah dari naik kepada turun, dan kita kena “turun bas” cepat untuk elakkan potensi pergerakan harga turun lebih banyak.
Semoga bermanfaat.