BERAPA MODAL YANG PERLU UNTUK MULA TRADE SAHAM?
Ramai sangat yang tanya soalan ni, jadi untuk berikan sedikit idea kepada korang, kami sharekan pendapat kami tentang ni. baca kat bawah.
Modal permulaan, sebenarnya terpulang kepada strategi anda. Objektif anda kena jelas dengan apa yang anda mahukan dari trading pasaran saham ni. Bukan sekadar “nak buat duit” atau “nak untung” aje. Bila kita nak buat sesuatu, kita kena kaji secara mendalam keperluan, kaedah dan segala maklumat secara terperinci, baru kita boleh buat sesuatu dengan kadar kejayaan yang lebih tinggi.
Trading saham ada 3 strategi umum.
Investing/pelaburan:
Jangka masa: Panjang (1 tahun ke atas, untuk peram lama)
Tujuan: Capital gain (nilai saham meningkat) & dividen (termasuk warrant, bonus issue dan lain lain)
Risiko: Rendah
Tahap kesukaran: Sederhana – memerlukan pembacaan yang banyak berkenaan dengan ekonomi dan bisnes. Buy and forget. Pemantauan yang minimal
Modal permulaan: Paling minima. selain dari kos buka akaun CDS (RM10) anda memerlukan minima RM100-RM200 (mengikut broker) untuk mula melabur saham.
Komen: Anda boleh beli saham syarikat secara konsisten setiap bulan untuk mencapai objektif anda. Pelaburan saham seperti ini akan membuahkan hasil yang lumayan dalam jangka masa panjang jika anda memilih kaunter yang baik. 1000% tidak mustahil untuk jangka masa 5 tahun.
Swing / trend following (pengenalan perdagangan saham)
Jangka masa: Sederhana (lebih dari sehari – seminggu- beberapa bulan)
Tujuan: Capital gain (nilai saham meningkat)
Risiko: Medium (jumlah trade lebih tinggi dari investing dengan jumlah trade yang gagal lebih banyak – antara 10-30% trade yang gagal)
Tahap kesukaran: Sederhana – memerlukan pengetahuan asas berkenaan dengan ekonomi dan bisnes, dan asas analisa teknikal yang kuat. Pemantauan yang sederhana aktif (harian)
Modal permulaan: Sederhana besar. Anda memerlukan minima RM1000-RM5000 untuk mula berdagang saham.
Komen: Kajian mencari kaunter dan watchlist secara aktif (setiap hari) bersedia untuk bertukar pegangan saham setelah harga saham yang dipegang mula mengundur. Pelaburan saham seperti ini akan membuahkan hasil yang lumayan dalam jangka masa yang agak singkat (mingguan/bulanan) jika anda memilih kaunter yang tepat. 10%-20% sebulan tidak mustahil dengan sistem trading yang baik dan anda sangat berdisiplin.
Intraday/scalping (professional trader – cita-cita ultimate kebanyakan orang)
Jangka masa: Pendek (sehari)
Tujuan: Trading price fluctuations / Capital gain (nilai saham meningkat – tapi tak target banyak. Sedikit sahaja dah cukup – amik yang senang dapat, 1-2sen)
Risiko: Tinggi (jumlah trade tinggi dengan jumlah trade yang gagal lebih banyak – antara 20-30% trade yang gagal)
Tahap kesukaran: Tinggi – memerlukan pengetahuan asas yang kukuh berkenaan dengan ekonomi dan bisnes, dan asas analisa teknikal yang mantap. Pemantauan yang aktif (seharian mengadap pasaran saham). Memerlukan pengawalan emosi dan fokus yang tidak berbelah bahagi. Kajian mencari kaunter dan watchlist secara aktif dan sangat mahir tentang sejarah syarikat, pengurusan, bisnes, kewangan dan teknikal pergerakan harga sesuatu kaunter. (bukan masuk kelas belajar intraday trade, tengok chart aje terus jadi pro)Modal permulaan: Besar. Anda memerlukan minima RM10,000-RM50,000 untuk mula berdagang saham.
Komen: Untuk mendapatkan “gaji” yang stabil. Anggaran 10% sebulan. Lain orang, lain pulangan. Ada yang lagi tinggi, ada yang lagi rendah. Perdagangan saham seperti ini akan membuahkan hasil yang lumayan dalam jangka masa yang agak singkat (mingguan) jika anda memilih kaunter yang tepat. 2-5% sehari tidak mustahil untuk dicapai dengan disiplin yang mantap dan trading sistem yang kukuh dan anda sangat berdisiplin. Gaya trading ini akan melibatkan kos transaksi yang tinggi. Pilih broker yang menawarkan kos transaksi yang rendah untuk mengurangkan kos transaksi anda. Untung dapat lebih, rugi pun kurang.
Tengok ye. ada tak saya sebut pasal nak RM100, RM200, RM1,000 sehari? Tak ada! Sebab, target macam tu akan sempitkan pandangan korang pasal trading risk dan modal. Korang akan underestimate risk, dan amik unnecessary risk untuk cuba dapatkan gain yang korang target tu. Sebaiknya, kita fokus % pulangan, lebih konsisten dan “scalable”.
Ironi nya, lebih besar modal korang. Lebih rendah pulangan yang korang akan dapat. Nak trade akaun RM50,000 – RM100,000 lebih senang berbanding dengan modal RM1 billion ringgit. Jangan lah kita pandang rendah kepada Fund Managers kita dengan mendakwa korang trade lagi hebat dari Fund Managers. Kasut kita tak sama geng!
Jom buka akaun CDS dengan kami. Daftar disini https://bit.ly/3n7livf.
Ada soalan? Boleh hubungi remisier kami (dan juga trainer) https://wa.me/60195262785. Join secara percuma support group Premium VIP Resident yang aktif dengan lebih 400 traders. Trainer kami akan bantu anda dalam group. Korang takkan kena tinggal. Share dan jangan lupa follow kami fb.com/teropongbursa
#teropongbursa