Pesanan untuk new traders
1. Dah ada akaun CDS dan akses online trading platform, belajar guna dulu. Tengok video-video yang ada banyak kat youtube.
2. Trading Saham ialah aktiviti berisiko. Tiap trader hadap risiko yang sama, baik sifu, otai trader atau orang baru. Bezanya pemahaman dan layanan terhadap risiko tersebut. Masing-masing pegang pisau sama, tapi skill berbeza.
3. Jangan beli warrant company, (WA, WB, WC etc) sebab ia murah dari saham biasa. Warrant ialah satu instrumen dalam Bursa. Ia ni mcm kupon la, untuk beli saham syarikat dengan harga yang dah ditetapkan, selepas tarikh yang ditetapkan. Maknanya warrant ada expiry date. Lepas expired, korang tak “tebus” kupon korang, kupon akan expired. Nak “tebus” kupon kena tambah duit lagi. Apa jadi kalau kupon yang dah beli tu expired? MODAL HANGUS. Ramai dah yang hangus. Ramai dah yang berpesan, dan dipesan. Benda yang sama masih terjadi…
4. Elakkan structured warrants (yang popular HSI Call warrant & Put Warrant). Instrumen berisiko tinggi, laju untung, lajuuuuu lagi kalau rugi.
5. Sabar, jangan rushing. Belajar teknik biasa, bagi mahir, jangan kejar teknik advance. Belajar candlesticks patterns (bullish/bearish harami, dan bullish/bearish engulfing), dan simple chart patterns (reversal – head & shoulder, double bottom/top, dan continuation – triangle, flag & pennant)
6. Kat Bursa, combine teknikal dengan fundamental lebih baik, sebab signal teknikal guna screener, biasa kena pilih lagi. Fokus kaunter yang fundamental yang lebih baik. Trader baru memang pantang cutloss, jadi alang-alang nak peram, peram syarikat yang baik.
7. Trading ialah skill. Kena latih dan mahirkan. Masuk kelas aje belajar macam-macam, belum cukup syarat nak jadi mahir.
8. Ilmu trading ni macam ilmu kebal – kena tembak, kena tikam baru tau jadi ke tak.. Kalau ilmu tak jadi, atau salah amalan – MATI..
9. Buang mentaliti “aku mampu beli saham harga 10sen aje” dan masukkan mentaliti “kalau tersalah beli pun, kompeni ni bisnes dia sangat ok nak peram, boleh dapat dividen jugak…”. Kalau 5% harga naik, 5% lah portfolio kita naik nilainya. Jangan kejar gain 30-100% nk buat short term trade. Saya tau, memang korang sanggup rugi, tapi sanggup rugi tak bertempat kalau camtu, kurang bijak. Macam aku memula trade 2014 dulu.
Kalau takde akaun pelaburan dengan broker M+, whatsapp 0195262785 untuk buka dan dapat guide melabur dan trading.Kamarul Nizam