Langganan Screener Pre-Closing Teropong Bursa
Pre-Closing screener untuk bulan Jun dah tamat, boleh tengok hasilnya kat sini. 75% success rate dengan bulan June, market yang bearish, dengan 3 hari massive failed (100% gagal) untuk screener ni. Memang market tak stabil, tapi kita berjaya harungi dengan disiplin dan bantuan screener nih.
Dalam market merah, ada je yang gerak naik. Kita guna screener untuk bantu short list kaunter yang ada potensi. Screener pre-closing ni fokus kepada strategi BTST Buy Today Sell Tomorrow yang sangat sesuai untuk para trader yang bekerja sepenuh masa, trade part time. strategi ni memerlukan kita tengok market sebelah petang 4.30pm 15-20 minit untuk study dan beli, dan pagi esok 15-20 minit untuk monitor market dan jual (sebelum 10am). Lepas tu, fokus lah kerja anda sampai petang 4.30pm, untuk tengok semula market, dan repeat sahaja cycle itu.
Screener ni fokus kepada short term momentum. Jadi sebenarnya boleh guna diguna untuk kajian kaunter untuk trade secara momentum/swing trade, tapi anda kena kaji sendiri lah. Contoh ada kat album gambar kat bawah. 3 sambung naik lepas Pre-Closing, dan 2 gagal. Tang ni, kena ada ilmu swing trade lah. pakai Strategi Trend Following, ada video kami kat Youtube bertajuk “Simple trading strategy guna moving average (10% – 150% profit)” kat channel youtube Teropong Bursa.
Kita sangat transparent dengan data. Yang gagal pun kami masukkan untuk bagi gambaran terbaik. Kriteria success kami hanya bila harga naik aje. Breakeven (tak gagal) pun kami anggap gagal untuk bagi standard lebih tinggi tau.
Anda dah bersedia untuk melanggan? Kami akan update post ni bila langganan dah dibuka!
Stay tuned. Real time update ada kat facebook kami! atau tekan butang kat bawah.