Guide untuk buka akaun CDS - Teropong Bursa Trading Academy

Guide untuk buka akaun CDS

Proses pembukaan akaun CDS kini sangat mudah, hanya melalui online dan tidak perlu lagi mengisi borang dan tanda tangan sampai krem tangan anda…

Apa kelayakan minima untuk buka akaun CDS?

  1. Tidak bankrap
  2. Mempunyai simpanan, atau
  3. Mempunyai pendapatan (komisen, atau bergaji, atau bisnes)

Warganegara asing boleh buka akaun CDS?

Boleh tak ada masalah. Hanya perlukan passport sebagai ganti kad pengenalan.


Surirumah, student, pencen tak ada pendapatan, boleh ke buka akaun CDS?

Boleh asalkan ada bukti pendapatan. Kalau suri rumah, bagitau suami untuk bank in elaun bulanan ke dalam akaun. Student, jika ada dapat elaun dari PTPTN, atau ada perniagaan sampingan, boleh digunakan. Orang pencen pun boleh, asalkan tak bangkrap.

Yang penting, mesti isytihar punca pendapatan dari mana. Pendapatan bisnes, duit simpanan atau lain-lain untuk mengelakkan jadi mangsa sindiket pengubahan wang haram (Money laundering).


Apa yang anda perlukan?

  1. Akaun email
  2. Smartphone (untuk face recognition / verification)
  3. Akaun bank (bank tempatan) peribadi dengan akses internet banking
  4. Kad Pengenalan (atau passport)
  5. Estatement akaun bank peribadi

Yuran akaun CDS adalah RM10.00 dengan RM1.00 processing fee.

Sign up kat link bawah ni untuk dapatkan guide yang lebih detail secara PERCUMA.

Dah selesai daftar akaun CDS, dan akaun anda dah aktif? Tengok topik seterusnya. Apa nak buat lepas akaun CDS dah siap?

1 thought on “Guide untuk buka akaun CDS

Leave a Reply

Your email address will not be published.