FORCED LABOUR dan ATAIMS - Teropong Bursa Trading Academy

FORCED LABOUR dan ATAIMS

Forced Labour ni satu isu yang besar. Definasi kita sendiri pasal Forced Labour mungkin berbeza dengan standard antarabangsa, sebab tu kes Forced Labor ni berulang kali kena dengan syarikat dan perniagaan yang berbeza. Kalau ada sesuatu perniagaan ada gunakan pekerja asing, dan produk / servis tu dieksport ke pasaran antarabangsa, elok sangat lah buat audit sendiri dulu, patuh atau tidak dengan standard antarabangsa berkenaan Forced Labour ni. Kalau pro-aktif dengan isu sebegini, pelabur akan pandang secara positif. Kalau main sorok-sorok, dah kantoi pastu nak melawan pulak.. tu signal yang negatif bagi pelabur.

https://www.reuters.com/business/exclusive-dyson-terminates-relationship-with-malaysian-supplier-ata-over-labour-2021-11-25/

Dah banyak kes perniagaan dan produk/servis syarikat Malaysia kena sekat dari memasuki pasaran antarabangsa sebabkan isu ni. Sebelum ni, yang popular, Top Glove dah kena ban dari masuk US. Hari ni ada lagi satu, ATAIMS dah kena 6 bulan notis terminate contract dengan Dyson. Dyson dikatakan menyumbang hampir 80% dari earnings ATAIMS, tak hairan lah kalau harga jatuh menjunam hari ni limit down 30%.

Sebelum ni harga dah jatuh selepas keluar Laporan Kewangan Sukuan (quarter report) kali ni tunjukkan kerugian buat pertama kali. Alasan kerugian ni, merupakan kekurangan tenaga kerja warga asing yang dikawal ketat dalam tempoh PKP sebelum ni, dan kilang tidak dapat beroperasi dengan tahap yang optimum.

Sapa kata trade pakai teknikal aje dah cukup? Semalam dah ada petanda bullish, kalau tak tau, atau tak peduli pasal berita ni, masih boleh trade ke? Tanye je.. apa-apa hal – follow your trading plan.

#teropongbursa

Leave a Reply

Your email address will not be published.