FAQ Frequently Asked Questions - Teropong Bursa Trading Academy

FAQ Frequently Asked Questions

  • Saya nak buka akaun CDS. Kalau saya mohon melalui Teropong Bursa, Akaun CDS dengan Broker mana?
    Akaun CDS anda akan dibuka dengan broker Malacca Securities Sdn Bhd (M+ Online) dengan Remisier kami Kamarul Nizam R357 (Wangsa Maju)
    #cds
  • Macam mana cara nak buka akaun CDS?
    Sila teruskan ke link ni untuk dapatkan slides untuk pendaftaran akaun. Masukkan nama email dan contact number anda, untuk dapatkan guide terus masuk ke email anda. Dapatkan guide sekarang! atau boleh tonton video dibawah:
  • Berapa cas brokerage dengan M+ Online?
    Cas brokerage untuk Cash Account ialah 0.08% dengan minima RM8, Bonus untuk anda, jika anda buat intraday trade, cas brokerage hanya 0.05% dengan minima RM8.
    #cds
  • Ada charges lain selain dari brokerage Fee?
    Ada! Berikut adalah Standard Fee, semua broker cas rate yang sama. Anda kena bayar seperti berikut:
    • Sales Tax (6%)
    • Stamp duty RM1 untuk setiap RM1000 (kaunter tertentu, ada yang akan dapat pengecualian cukai)
    • Clearing Fee (0.03%)
      #cds
  • Berapa lama tempoh permohonan akaun CDS?
    Anggaran pemprosesan akaun lebih kurang 10 hari bekerja. Kami nasihatkan anda, selepas 3 hari anda submit borang, follow up dengan admin kami untuk pastikan permohonan anda telah diterima dan tidak perlu buat sebarang pembetulan. Jika semua berjalan dengan lancar, anda akan terima email dari pihak M+ berkenaan kelulusan akaun CDS dan akaun trading anda, dan juga email khas “Welcome email” dari remisier kami.
  • Lepas akaun saya dah siap, apa yang saya perlu buat?
    Anda akan menerima 4 email dari Broker seperti berikut). Jika tidak dapat, sila berhubung dengan admin kami.
  • Bagaimana cara nak guna Trading Platform M+ Online?
    Boleh tengok video penggunaan platform kat sini:
#tradingplatform
  • Kalau saya buka akaun dengan Team Teropong Bursa, ada support group ke?
    Ada! Support group kat Telegram, terbahagi kepada 2 bahagian, untuk Trader aktif (VIP Resident) dan group bulanan untuk trader baru (orientasi). Anda kena berhubung dengan admin untuk mohon join support group. hubungi admin melalui whatsapp
    #supportgroup
  • Order saya failed, kenapa ye?
    Ada beberapa faktor order anda Failed
    1. Order anda pada waktu “kecedetaan” Trading At Last (TAL) 4.50pm – 5 pm. Pada ketika ini, transaksi hanya dibenarkan pada harga yang dipaparkan sahaja, sama ada beli atau jual. Untuk elakkan masalah ni, key in order anda sebelum jam 4.45pm (pre-closing session)

    2. modal / trading limit tidak mencukupi.
    Anda perlu periksa berapa baki modal / trading limit yang ada sebelum key in order anda untuk membeli

    3. Anda baru melakukan deposit.
    Senario ni biasa berlaku, sistem masih belum mendapat update deposit anda telah berjaya. dan masih hold “trading limit” anda. tunggu 5-10 minit untuk sistem refresh. Jika masih berlaku masalah yang sama, hubungi dealer atau remisier anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.