BOLEH KE SAYA START TRADE DENGAN MODAL RM1,000?
Soalan ni selalu sangat saya dapat. Kali ni saya nak tulis detail supaya korang boleh faham dan decide sendiri. Pengiraan mudah, kita anggap modal bersih untuk trade RM1,000, saham harga 50sen.
Beli harga 50sen 20 lot = RM1k
Risk to Reward 1:1
Profit 2 sen NET (after brokerage) profit RM18
Cutloss 2 sen NET (after brokerage) loss RM62
Nampak tak? Walaupun risk reward trading plan 1:1, dari segi nilai duit, reward 1 risk 3.5. Risk lebih tinggi sebenarnya!
Kita tambah lagi..
Katalah, success rate strategi yang kita gunakan tu, 80%
Pakai modal RM1K
Menang RM18 x 8 kali = RM144 (15% gain)
Rugi RM62 x 2 kali = RM124 (13% loss)
Net RM20 (2%)
Untung RM20 selepas 10 trade.. Ni pengiraan guna broker murah, belum yang broker mahal lagi! Pernah terfikir ke, trade selalu jugak untung, tapi akaun tak grow?
Saya rekemen, kalau nak start trade saham serius..
1. Mesti dah pandai nak trade (tahu, dan faham stock selection, entry dan exit plan)
2. Modal minima RM5k (trading plan risk reward dan success rate yang berpadanan)
3. kalau tak lepas no 1. kat atas, alternatif Join remisier yang komited untuk guide kita.
Tips
1. Kalau belum pandai, selain dari masuk kelas, letak modal RM1K untuk “praktikal dulu”. Buy sell 1 lot untuk “belajar” sebab rugi 1 lot dan rugi 100 lot, PENGALAMANNYA SAMA, LESSONNYA SAMA, cuma kurang pedih. Jangan sampai masa dah pandai, modal pulak dah abis… fokus belajar dulu.
2. INGAT : Trading ialah kemahiran, bukan semata-mata ilmu pengetahuan, kena latih, baru boleh jadi mahir
3. Berapa banyak trade = pengalaman yang kita dapat. 5 tahun trading dengan 5 trade, tak sama pengalaman dengan buat 1 trade sebulan selama 5 tahun. Lagi banyak trade kita buat, lagi banyak dapat belajar. Pembelajaran secara praktikal macam ni takboleh dapat dalam kelas. Jadi, pastikan trade kecik dulu, belajar kawal emosi anda.
4. Bina habit yang baik dalam trading. Pastikan dah boleh sell kat harga lebih tinggi dari harga beli, dalam masa 2 minggu atau kurang. kalau dah boleh konsisten, 1 lot, 10 lot atau 100 lot, dah tak ada beza. Tinggal nak “scale up” aje.
5. JANGAN TAMAK DAN JANGAN TERBURU BURU
Kalau modal RM5,000 pulak cemana? Refer kat atas, kita amik 80% success rate
Profit RM164 x 8 = RM1312 (26%)
Loss RM236 x 2 =RM472 (9%)
Net RM840 (17%)
Risk reward ratio dah turun kepada 1.5 : 1. Risk 1.5, reward 1.
TRADE YANG SAMA, dengan modal berbeza, pulangan nya berbeza. Modal RM1K pulangan 2%, modal rm5k pulangan 17%. Jangan tertipu dengan sifu kata modal kecik boleh trade. Itu hanya separuh dari kebenaran.
Tapi… modal besar + skill newbie, potential loss lebih tinggi dari profit.
Kumpul PENGALAMAN lebih penting dari kumpul sijil join kelas. 50% dari trading ni perlukan pengalaman, tak kira dah masuk 100 kelas sekali pun. Sebab tu ada orang pakai teknik simple pun boleh buat duit, kita pakai teknik simple, tak jadi.
Mulakan dengan langkah kecik dulu. Kalau kita nak amik lesen kereta, takkan nak terus drive Ferrari walaupun awak mampu, kan? Kita mula belajar dengan bawak kereta kecik, kereta secondhand dulu, nak tersagat bumper pun kita tak emosi.
Nota:
1. Ni senario “perfect condition” untuk permudahkan kefahaman. Banyak lagi variables dalam trading selain pengiraan ni. Ini adalah sekadar SALAH SATU contoh sahaja. Dan.. Jangan tertipu dengan Gamblers Fallacy. Yang ni kita kupas dalam post seterusnya.
2. Trading tak sesuai dengan semua orang. Ada yang prefer melabur, lower risk dan tak perlu komitmen tinggi untuk monitor market. Kita raikan perbezaan, masing-masing ada kelebihan yang kekurangan.
3. Ada lagi beberapa variation dari contoh ni, seperti guna RRR1:3 dengan 50% success rate dan sebagainya. tak ada yang sempurna, high success rate, datang dengan lower reward (senang dapat) dan high reward datang dengan lower success rate.
Follow!
Kamarul Nizam ialah Stock Broker dengan M+ Online, dan trainer Teropong Bursa. Selalu berkongsi berkenaan trading dan pasaran saham. Jangan lupa Follow untuk dapatkan update terkini.