Berapa modal nak kena ada untuk trade saham ni?
Soalan yang biasa ditanya. Baik.. saya jelaskan kat sini.
Modal untuk melabur, terpulang kepada anda, berapa yang anda mampu. Paling minima lebih kurang RM150.
Saham yang PALING MURAH di bawah harga sepuluh sen. Jika anda mempunyai modal sebanyak RM100, maka anda boleh beli saham syarikat tersebut sebanyak 1 lot (bersamaan dengan 100unit) dengan brokerage fee sebanyak RM10 (tidak termasuk kos keseluruhan, anggaran RM30). Namun begitu, anda mesti ingat, SYARIKAT YANG MURAH harga sahamnya, adalah berkemungkinan SYARIKAT YANG LEMAH dah sedang mengalami kerugian. Jadi anda kena hati-hati dalam memilih syarikat untuk laburkan duit anda.. Jika tidak, duit anda yang LEBUR..
Analogi nya, kalau kita pegi pasar, kita mungkin akan beli sayuran yang dah lama.
BERAPA KUANTITI YANG PATUT DIBELI?
Saya sarankan kuantiti minima untuk setiap belian adalah sebanyak 10,000 unit (100 lots). Kenapa 10,000 unit? Urusniaga pembelian saham diuruskan oleh broker dan Bursa Malaysia. Mereka akan mengenakan bayaran untuk menguruskan transaksi anda. Broker MPlus (M+ Online) merupakan broker yang paling ekonomi dalam pasaran kerana hanya mengenakan bayaran minima RM8 dengan kadar brokerage terendah iaitu 0.08% sahaja!
Jika di jumlahkan kesemua urusan jual beli kos minima untuk setiap transaksi adalah lebih kurang RM20-RM30 (untuk transaksi di bawah RM 10,000) bergantung kepada jumlah pembelian anda.
Contoh: Kaunter syarikat Kay berharga RM0.50. Bermodalkan RM 8,000, anda boleh beli 16,000 unit saham syarikat tersebut. Kos pembelian lebih kurang RM25.
Pada keesokan harinya, saham tersebut mula naik hingga harga RM0.53 dan anda ingin menjualnya.
Kos jualan juga lebih kurang RM25, menjadikan jumlah kos sebanyak RM50.
Keuntungan kasar pula ialah sebanyak 3sen x 16,000 = RM480. Tolak kos RM50,
Jadi untung bersih anda ialah RM430. Inilah yang dipanggil Mutiplier effect. Kesan berganda. Jika anda hanya membeli 8,000unit, kiraan utk kos adalah lebih kurang sama pada RM50 (beli & jual) dan untung kasar anda 3sen x 8,000 = RM240. Untung bersih sebanyak RM190. Pengurangan sebanyak 20%.. Jika belian kuantiti lebih kecil, maka kos akan jadi lebih besar.
Saya harap anda dapat belajar sesuatu hari ni..
Buka CDS dengan M+ Online, saya akan jadi remisier anda. Whatsapp sekarang.