Trading Idea: GOOGL (NASDAQ) breakout, nak naik lagi?
Hari ni GOOGL dalam fasa uptrend yang kukuh, telah melalui fasa pembetulan, dan terkini, pergerakan harga dah keluar dari fasa short term downtrend, dan menuju ke aras zon tertinggi sebelum ni pada $144.5 Paras tertinggi dalam sejarah pergerakan harga GOOGL ialah pada $152.10. GOOGL merupakan syarikat gergasi dalam teknologi “carian” di internet, dan sebuah syarikat media dengan meletakkan iklan pelanggan mereka dalam carian tersebut. Selain itu, syarikat ni juga terlibat dalam teknologi terkini seperti Aritificial Intelligence, atau lebih dikenali sebagai AI.
Boleh study trading idea yang saya kongsikan di TradingView: https://my.tradingview.com/chart/GOOG/ARu77odf/