Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Setakat 26 November 2021 - Teropong Bursa Trading Academy

Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Setakat 26 November 2021

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjay Sekuriti Malaysia dah keluarkan senarai baru saham-saham yang diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan yang tidak lagi patuh syariah. Boleh tengok download kat sini

Klasifikasi baru patuh syariah

No.KodNamaNo.KodNama
1.03028Ace Innovate Asia Bhd18.5066NTPM Holdings Bhd
2.0122Advanced Information Marketing Bhd19.2682Parkwood Holdings Bhd
3.5190Benalec Holdings Bhd20.0233Pekat Group Bhd
4.03048Carzo Holdings Bhd21.9997Pensonic Holdings Bhd
5.0238CEKD Bhd*22.9296RCE Capital Bhd
6.5301CTOS Digital Bhd*23.03039RTS Technology Bhd
7.0239Ecomate Holdings Bhd*24.6017SHL Consolidated Bhd
8.0100ES Ceramics Technology Bhd25.0225Southern Cable Group Bhd
9.6041Farlim Group (M) Bhd26.4405Tan Chong Motor Holdings Bhd
10.0082Green Packet Bhd27.5149TAS Offshore Bhd
11.0237Haily Group Bhd*28.5140Tasco Bhd
12.03038ICT Zone Asia Bhd29.5289Techbond Group Bhd
13.2216IJM Plantations Bhd30.8397Tiong Nam Logistics Holdings Bhd
14.7164KNM Group Bhd31.4359Turiya Bhd
15.5232Leon Fuat Bhd32.7203Wang-Zheng Bhd
16.9199Lysaght Galvanized Steel Bhd33.5048YB Ventures Bhd
17.0235Nestcon Bhd*

Klasifikasi baru tidak patuh syariah

NoKodNamaNo.KodNama
1.0119AppAsia Bhd14.8494LBI Capital Bhd
2.7129Asia File Corporation Bhd15.5068Luster Industries Bhd
3.0457Asian Pac Holdings Bhd16.8419Pansar Bhd
4.0187BCM Alliance Bhd17.0022Parlo Bhd
5.8761Brem Holding Bhd18.7168PRG Holdings Bhd
6.5132Deleum Bhd19.5256Reach Energy Bhd
7.0152DGB Asia Bhd20.7803Rubberex Corporation
(M) Bhd
8.0084Fast Energy Holdings Bhd21.0133Sanichi Technology Bhd
9.7197Ge-Shen Corporation Bhd22.0148Sunzen Biotech Bhd
10.0188HLT Global Bhd23.7252Teo Seng Capital Bhd
11.4251I-Berhad24.0145TFP Solutions Bhd
12.0143Key Asic Bhd25.7293Yinson Holdings Bhd
13.4847Konsortium Transnasional Bhd

Apa nak buat bila saham kita hold bertukar status? Ni jawapan Majlis Panel Syariah Surujanjaya Sekuriti.

Sebagai panduan kepada para pelabur, MPS ingin menasihatkan pelabur mengenai tempoh untuk melupuskan sekuriti yang telah diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.

(i) Sekuriti patuh Syariah’ yang kemudiannya bertukar status kepada ‘tidak patuh Syariah
Ini merujuk kepada sekuriti-sekuriti yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai patuh Syariah tetapi, disebabkan beberapa faktor seperti perubahan dalam operasi perniagaan syarikat dan kedudukan kewangan, kemudiannya diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.

Oleh yang demikian sekiranya pada tarikh berkuat kuasa harga pasaran sekuriti tersebut melebihi atau bersamaan dengan kos pelaburan, para pelabur yang memegang sekuriti tidak patuh Syariah tersebut mesti melupuskannya.

Sebarang dividen yang diterima sehingga tarikh berkuat kuasa serta keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah tersebut pada tarikh berkuat kuasa, boleh disimpan oleh para pelabur. Walau bagaimanapun, sebarang dividen yang diterima dan lebihan keuntungan modal yang diterima hasil daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah selepas tarikh kuat kuasa, hendaklah disalurkan kepada baitulmal dan/atau badan-badan kebajikan.
Sebaliknya para pelabur dibenarkan untuk memegang pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah sekiranya harga pasaran sekuriti tersebut berada di bawah kos pelaburan. Sepanjang tempoh pegangan sekuriti tidak patuh Syariah, para pelabur juga dibenarkan untuk menyimpan dividen yang diterima sehingga jumlah dividen yang diterima dan harga pasaran sekuriti tidak patuh Syariah tersebut bersamaan dengan kos pelaburan. Pada ketika ini, para pelabur dinasihatkan untuk melupuskan pegangan mereka.

Di samping itu, sepanjang tempoh pegangan, para pelabur juga dibenarkan untuk melanggan:

(a) sebarang terbitan sekuriti baru oleh syarikat yang mana sekuritinya tidak patuh Syariah yang dipegang oleh pelabur, sebagai contoh, terbitan hak, terbitan bonus, terbitan khas dan waran (tidak termasuk sekuriti yang tidak patuh Syariah seperti stok pinjaman); dan
(b) sekuriti patuh Syariah syarikat lain yang ditawarkan oleh syarikat yang mana sekuritinya tidak patuh Syariah yang dipegang oleh para pelabur, dengan syarat mereka menyegerakan pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah tersebut.

Semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published.