New York Lockdown, varian baru COVID-19 Omicron: Sektor Healthcare kembali dalam fokus.. - Teropong Bursa Trading Academy

New York Lockdown, varian baru COVID-19 Omicron: Sektor Healthcare kembali dalam fokus..

Dengan WHO melabel kan varian baru virus COVID-19 B.1.1.529 sebagai varian baru dalam kategori membimbangkan (VOC) kita mula melihat spekulasi varian ini akan memberikan impak serius dalam sektor ekonomi dengan kejatuhan Bursa saham di kebanyakan negara..

New York mengambil langkah pro aktif untuk memulakan perintah darurat, dan menyekat penerbangan masuk dari Afrika Selatan dalam cubaan untuk menyekat penukaran varian tersebut, menambahkan kredibiliti tentang tahap keseriusan dan kebimbangan tentang ancaman varian terbaru ini.

Indeks Komposit Kuala Lumpur telah merekodkan kejatuhan sebanyak 5.38 mata (0.38%) pada hari Jumaat lepas 26/11/21 dan kini berada pada paras 1521.22 mata. Dengan perkembangan terkini, sekatan penerbangan oleh beberapa lagi negara Eropah sepanjang hujung minggu ni menambahkan kemungkinan indeks KLCI akan mengalami kejatuhan yang lebih teruk. Aktiviti selling off mungkin akan berterusan pada awal minggu depan..

Pada hari-hari terakhir minggu lepas, sektor Healthcare kembali dalam fokus para pelabur dan pedagang. Indeks Healthcare pada 26/11/21 melonjak hampir 100 mata, lebih 4% ke 2837 mata, kenaikan yang banyak untuk 1 hari!

Carta 5 hari Indeks Healthcare Malaysia

Trend index ini mungkin akan berterusan naik terutama dengan berita kesahihan tentang beberapa kebimbangan pakar berkenaan mutasi terbaru varian ini.. Pada pendapat saya, penemuan varian ini mungkin akan mencetuskan “reversal” atau sekurang-kurangnya “Technical rebound” dalam sektor Healthcare ini.. Majoriti pedagang dan pelabur yang saya temui berpendapat sedemikian.

Sekarang kita baru sahaja melepasi Ulang tahun kedua sejak penemuan virus COVID-19 ini (Nov 2019).. Semoga kita semua dilindungi dari musibah yang melanda..

#teropongbursa

Leave a Reply

Your email address will not be published.